Saturday 24 October 2009

LAKSA JOHOR



Masa kat msia wan tak suka mkn laksa johor ni..tapi semenjak cuba mkn kat rumah k saba (BNM), terus suka...hubby pun sama, dulu mmg tak pandang laksa, skrg ni bertambah2 mkn

Bahan-bahan (12-15 orang)
1 paket spagetti

Bahan2 A
1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)
100gm udang basah
50gm udang kering - direndam sekejap
20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap

Bahan2 B
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
2 ibu jari halia
2 ibu jari lengkuas
2 ibu jari kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 kotak santan pekat/ lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sampingan
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
sambal belacan

cara:
masak air di dalam mangkuk secukupnya sehingga mendidih
setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti
rebus sehingga spagetti lembut
angkat dan toskan. ketepikan
rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
angkat dan toskan
jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
buangkan tulang ikan
mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali
masukkan serai dan bahan2 B yang telah dikisar sehingga wangi
bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar
kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
kacau rata
masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan
kacau sebati
akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula dan garam secukupnya
kacaukan agar semua bahan sebati
renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge
cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacaN

source : noreen

1 comment:

geraugebang said...

sedap tu. kita orang johor pun sekali-sekala je masak ni. Kalau nak makan selalu, selau-selalu balik kampung, sebab mak masak.