Saturday 31 October 2009

LAKSA JOHOR lagi.!!!!


Mula2 tu rasa nak buat mee bandung, tapi malas pulak...buat laksa johor senang sikit...anak2 mmg suka apa je yg guna mee

Friday 30 October 2009

AMERICAN CHOC CAKE


Anak mintak nak choc cake...kebetulan lak ummi baru masuk posting cake ni, terus le wan cuba
Bahan
2 cups flour*
2 cups granulated sugar - guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara
Ayak bahan * sekaligus
Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

source : ummi

NASI HIMPIT KUAH KACANG

Terliur tgk kat rumah Hazila...rumah Jun pun ada, wan letak minced chicken
buat breakfast pagi tadi

Thursday 29 October 2009

PANDAN COCONUT CHIFFON CAKE

"I'm bored"..kata husna, "can we make a cake, sambung dia lagi
cari resepi yg ringkas dan senang, dah masak bukan dia nak makan pun, abang2 yg habiskan
wan buat satu adunan je... tu yg nipis, kalau nak penuh acuan mungkin kena buat 3 adunan

Bahan-bahan
Bahan2 A
110gm (3 biji) putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung
Bahan2 B
40gm (2 biji) kuning telur
50gm santan + 1 camt pandan emulco - dikacau rata (kalau nak letak pandan paste pun boleh untuk menaikkan lagi warna hijau)
36gm minyak sayur/ganola oil
55gm tepung gandum
10gm gula kastor
24gm dessicated coconut (kelapa kering)
cara:
dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
akhir sekali barulah dimasukkan dessicated coconut ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm atau 17cm dan bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong
note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga
source : noreen

NASI LEMAK

Buat breakfast pagi ni...hemm lunch sekali le

Tuesday 27 October 2009

BUNCIS GORENG UDANG

Sebenarnya nak buat udang goreng kunyit, malas nak masak sayur, wan campur je buncis sekali

KUIH BOM


Intinya dah buat minggu lepas lagi...simpan je dlm peti ais tu, hari ni jadi kuihnya

Monday 26 October 2009

CHOC CHEESE ORANGE MUFFIN


BAHAN-BAHANNYA
130 g mentega
130 g cream cheese
4 biji telur gred A
150 g gula halus
260 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bikarbonate
*1/2 camca teh baking powder
*40 g serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
2 camca besar golden syrup (boleh ganti dengan "madu")
1 biji oren, parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren di atas)
CARA MEMBUATNYA
Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur
Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang
Jarak waktu untuk satu telur = 1 minit
Masukkan parutan kulit oren, putar rata
Masukkan madu/golden syrup
Pada kelajuan perlahan masukkan tepung tadi berselang seli dengan jus oren, hingga habis. Macam biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dengan tepung.
Putar hingga semua sebati.
Kaup adunan dengan spatula untuk meratakan mana2 bahagian dalam mangkuk adunan yang kurang rata
Sudukan adunan 3/4 penuh dalam muffin cup
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak.
Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2....
source : mat gebu

Saturday 24 October 2009

LAKSA JOHOR



Masa kat msia wan tak suka mkn laksa johor ni..tapi semenjak cuba mkn kat rumah k saba (BNM), terus suka...hubby pun sama, dulu mmg tak pandang laksa, skrg ni bertambah2 mkn

Bahan-bahan (12-15 orang)
1 paket spagetti

Bahan2 A
1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)
100gm udang basah
50gm udang kering - direndam sekejap
20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap

Bahan2 B
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
2 ibu jari halia
2 ibu jari lengkuas
2 ibu jari kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 kotak santan pekat/ lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sampingan
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
sambal belacan

cara:
masak air di dalam mangkuk secukupnya sehingga mendidih
setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti
rebus sehingga spagetti lembut
angkat dan toskan. ketepikan
rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
angkat dan toskan
jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
buangkan tulang ikan
mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali
masukkan serai dan bahan2 B yang telah dikisar sehingga wangi
bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar
kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
kacau rata
masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan
kacau sebati
akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula dan garam secukupnya
kacaukan agar semua bahan sebati
renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge
cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacaN

source : noreen

Monday 5 October 2009

CORNFLAKES MADU

Setiap hari hilmi mintak buatkan cornflakes madu ni....Wan ckp mesti habis biskut raya dulu baru boleh buat...khamis lepas weekly circle kat msia hall buat sambutan raya...wan bawak sume biskut raya kat rumah ni yg tinggal...bawak sana licin
dah tgk biskut raya licin hilmi tuntut suruh buat....
balik sekolah tadi 1/2 balang habis dia makan...hilmi ni mmg suka benda yg manis2