Thursday, 29 October 2009

PANDAN COCONUT CHIFFON CAKE

"I'm bored"..kata husna, "can we make a cake, sambung dia lagi
cari resepi yg ringkas dan senang, dah masak bukan dia nak makan pun, abang2 yg habiskan
wan buat satu adunan je... tu yg nipis, kalau nak penuh acuan mungkin kena buat 3 adunan

Bahan-bahan
Bahan2 A
110gm (3 biji) putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung
Bahan2 B
40gm (2 biji) kuning telur
50gm santan + 1 camt pandan emulco - dikacau rata (kalau nak letak pandan paste pun boleh untuk menaikkan lagi warna hijau)
36gm minyak sayur/ganola oil
55gm tepung gandum
10gm gula kastor
24gm dessicated coconut (kelapa kering)
cara:
dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
akhir sekali barulah dimasukkan dessicated coconut ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm atau 17cm dan bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong
note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga
source : noreen

4 comments:

fzi said...

Salam wan...
Gebu nampak kek chiffon Wan tuh...
boley try buat ni pakai resepi Wan :)

blogresipi said...

bestnye nampak kek chifon tue... gebussss je. :)

MamaFaMi said...

Rajinnya anak dara nak buat kek. Bagus tu, kecil kecil lagi dah rajin...

WAN said...

fzi, blogresepi..mmg kek ni gebu sesangat...1/2 jam dah licin
mamafami....anak dara saya ni mmg rajin kat dapur, sbb kat uk ni budak tadika dah ada kelas memasak kat sekolah