Friday 19 June 2009

NASI BUKHARI AYAM

Bahan
1 ekor ayam potong kecil dan bersihkan
1 kg beras bathmati basuh dan toskan
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt (wan guna susu cair + perahan limau nipis)
1 pokok daun ketumbar [potong pendek] - wan tak letak
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
3 cm halia*
tumbuk halus
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi
Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh
Masukkan ayam dan buah tomato biarkan mendideh
Masukkan beras dan daun ketumbar
masak macam masak nasi biasa

sourse : hanieliza

CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

Bahan-bahan
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam
4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler sehingga
semuanya sebati dan pekat
ketepikan dari api dan biarkan sejuk
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati ketepikan
di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source : noreen

Friday 12 June 2009

CHOCLATE CHIPS COFFEE BUN...lagik

Hari ni pagi-pagi lagi dah suruh cik BM tu bekerja.....semalam buat roti ni sempat rasa sesuap je...pas tu licin...
Hari ni lebihkan sikit nescafee...mmm lagi sedap
Wan buat sebiji besar...macam roti bantal lak bentuknya

Thursday 11 June 2009

CHOCLATE CHIPS COFFEE BUN


Dah lama BM tu berehat...resepi dari rumah Noreen, tapi wan tukar sikit, bubuh serbuk koko, kurangkan nescafe...tak dak de rasa kopi, anyway tetap sedap

Bahan-bahan (7 biji)
250gm tepung roti
15gm susu tepung
5gm (1 1/2 camt) instant yis
1/4 camt bread improver - optional kalau tak ada pun texture roti still lembut
40gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
110gm chocolate milk - wan guna fresh milk + serbuk koko 1 sb
4 camt nescafe coffee powder atau kenco (di UK) - wan bubuh 1 st je
30gm mentega
chocolate chips secukupnya
* last week beli cinamon roll kat cinabbon, ada lebihan cream...so wan sapu tu je
kat atas roti pas tu tabur cinammon powder
cara:
panaskan chocolate milk dan nescafe ke dalam mangkuk tahan panas sehingga nescafe larut dan sebati
kemudian padamkan api oven dan biarkan sejuk
masukkan semua bahan termasuk campuran nescafe ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
setelah itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat
rehatkan selama 10 min
kemudian bahagikan doh kepada 7 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
bentukkan menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk segi empat bujur 14cm x 12cm
taburkan sedikit chocolate chips dan gulungkan seperti swiss roll
lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

DAGING MANIS



Dah lama tak masak daging....intai kat rumah che mat...nampak mcm sedap je...mmg sedap bila pekena dgn nasi panas, anak balik sekolah terus licin...

BAHAN-BAHANNYA
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dibelah 2
2 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia tua, dititik
5 biji putik jagung - wan ganti dgn carrot
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menumis
A...600 g daging lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
1 1/2 inci halia, tumbuk lumat
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh lada hitam, ditumbuk
B...1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos hoisin - wan ganti dgn kicap manis dan masin
3 camca besar kicap cair
3 cawan air
1 pokok daun sup - wan ganti dgn btg celery
1/4 camca teh minyak bijan

CARA MEMBUATNYA

Satukan bahan "A", gaul rata dan perap 1 jam. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih titik hingga harum, Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut.
Masukkan semua bahan "B", kacau rata, kecilkan api dan renih hingga daging empuk. Masukkan belahan cili merah, jagung muda dan bawang besar hiris. Masak hingga jagung muda lembut.
Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah kicap cair atau garam. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas....