Monday, 15 December 2008

THAI CHICKEN CURRY

Bahan A
1 st ketumbar*
1 st jintan putih*
(goreng tanpa minyak )
sikit belacan*
* blend bersama

bahan kisar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 btg serai
segenggam daun coriander
2 helai daun limau
2sb minyak

bahan lain
1 sb sos ikan
250 ml santan
6 helai daun limau
1 ekor ayam
200g kacang panjang
125ml air
1sb minyak
daun bawang

Cara
satukan bahan A dan bahan kisar tumis sampai wangi
masukkan air dan separuh dari santan biarkan mendidih
masukkan ayam biarkan separuh masak
masukkan kacang panjang, daun bawang dan daun limau serta lebihan santan
perasakan dengan sos ikan
biarkan sampai ayam masak

SWISS ROLL

Bahan
6 biji telur
4oz gula castor
1 st baking powder
1 st vanila
1 sb ovelet
3oz tepung gandum
1 sb susu tepung
4 oz mentega cair
coklat emulco / serbuk koko
filing - butter cream/jem /choc spread

Cara
telur, gula, ovelate, baking powder, vanilla, tepung dan susu tepung disatukan
pukul dgn kelajuan maksima sampai gebu (dlm 7 min)
masukkan mentega cair - kacau dgn sudip kayu
asingkan sikit - campur dgn coklat emulco or serbuk koko
tuangkan adunan kedlm loyang yg telah digris dan dilapik kertas kek
paipkan adunan coklat - lorekkan/corakkan guna lidi
bakar dlm over 170 darjah selama 20 min
biarkan betul2 sejuk baru terbalikkan dan sapu dgn filing (jgn tekan)
gulung perlahan2 sehingga kemas
* jgn terlebih bakar nnt susah nak gulung

LOPES UBI KAYU

bahan
ubi kayu secukupnya
kelapa parut - gaul sedikit garam
air gula melaka/gula merah

cara
ubi diparut
bungkus dlm daun pisang dan dikukus
potong kecil dan gaul bersama kelapa parut
hidangkan bersama air gula melaka

ROTI SOSEJ

Bahan-bahan (20-25 biji):
250gm tepung roti
1/2 camt garam
1 camb gula pasir
2 biji telur kuning
1 camt instant yeast
90ml air suam
40gm mentega
2 biji putih telur
golden/natural breadcrumbs
sosej - potongkan kecil
minyak secukupnya untuk menggoreng
cara:
masukkan tepung, garam, gula, yis dan kuning telur ke dalam mangkuk adunan
tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan mixer sehingga sebati
kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga terbentuk menjadi doh
setelah itu ulikan doh sehingga tidak melekat di tangan
bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 20-25gm bergantung pada berapa besarnya sosej
kemudian bentukkan doh tadi menjadi bola dan rehatkan selama 15 min
setelah itu ambil satu doh dan leperkan
bubuh satu sosej dan bentukkan semula menjadi bola
buat sehingga habis doh digunakan
ambil satu doh, celupkan ke dalam putih telur dan kemudian olekkan ke atas breadcrumb
lakukan proses ini sehingga habis dan kemudian goreng dengan minyak terendam sehingga garing dan keperangan
angkat dan hidangkan panas2 bersama sos cili
source noreen