Friday 19 June 2009

CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

Bahan-bahan
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam
4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler sehingga
semuanya sebati dan pekat
ketepikan dari api dan biarkan sejuk
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati ketepikan
di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source : noreen

1 comment:

fzi said...

Salam kenal...
Sedapnya nampak kek chiffon yang taruk cheese ni..InsyaAllah boley try one day...akak lama dah nak try buat kek yang masuk cheese tapi belum buat2 lagi....hehe