Bahan
500gm ayam-potong kecil gaul garam dan kunyit perap 1/2 jam
5 sb tomato sos 3 sb cili sos 1 sk gula - bancuh dgn 1/2 cawan air
1 biji tomato potong 4 atau 6
Bahan mayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]
Sayuran : jagung muda dan carrot
Cara:
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
Angkatkan ayam dan ketepikan.
Tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
Masukkan air,tomato sos,cili sos,tomato buah dan gula
Biarkan sehingga mendideh
Masukkan sayuran
Masukkan ayam dan renehkan sebentar
Masukkan potongan daun sup dan daun bawang
Angkat dan hidangkan
Hilmi suka betul makan ayam masam manis bila kami singgah kat Makan Cafe di Portobello Market
bila jengah kat dapur kak Hanieliza, ternampak resepi terus print, so satu hari tu berkesempatan buat
tapi Wan ubah le sikit-sikit, guna apa aje bahan yg ada kat dapur.....
tapi Wan ubah le sikit-sikit, guna apa aje bahan yg ada kat dapur.....
No comments:
Post a Comment