Saturday, 12 January 2013

I'm BACK

Salam to all readers.....
Tiba-tiba rasa nak sign in blog yang dah ditinggalkan hampir 4 tahun, sejak aktif facebook, langsung tak bukak dah blog ni.
Kami dah kembali ke tanahair penghujung 2010, bila dah dok negara sendiri ni masak pun ikut mood je, kalau malas cap kedai la jawabnya....
Kalau masak pun post gambar dalam facebook je,
6 bulan lepas balik Malaysia, Wan masuk kerja semula, tapi ambil keputusan berhenti selepas setahun kerja(mmg itu pun kontrak yang Maybank kasi masa apply unpaid leave tempoh hari)
Semoga mood rajin jenguk ke blog ni akan berterusan... In Sha Allah amiinn
Gambar terbaru bercuti ke Cameron Highlands with lovely bonda and siblings

Friday, 20 November 2009

CUCUR UDANG ADABI


Masa balik Msia hari tu mmg beli byk cucur adabi ni.....bila nak cepat dan malas ni le juadah kami, mesti nak kena goreng kecik2 nnt kalau besar anak tak makan
Pernah wan cuba buat besar sebiji..tergolek tinggal dlm pinggan tu tak de sape usik.

PENGAT PISANG BERSAGU


Bahan
Pisang
Santan
Gula melaka
Daun pandan
Sagu
Garam
Cara
Masak santan bersama gula melaka sampai guna api sederhana dan sentiasa kacau
Masukkan bahan lain biarkan mendidih sehingga sagu masak

KACANG KUDA REBUS

Kacang kuda(chick pea) direndam semalaman bersama sedikit serbuk kunyit
salin air, rebus bersama air sama paras dengan kacang dan sedikit garam (guna preasure cooker jimat masa), boleh jugak letakkan beberapa helai daun kari
bila air hampir kering taburkan sedikit gula, masak sehingga air kering

TIRAMISU

Bahan
250g mascarpone cheese
100g gula castor
400ml whipping cream
1sb serbuk kopi segera
100ml air panas
3 biji kuning telur
biskut lady finger
sedikit serbuk koko - sebagai hiasan

Cara
campurkan kuning terlur bersama gula dan dikacau sebati, kemudian masak secara double boiler sehingga cair, sejukkan

whisk whipping cream sampai kental

masukkan mascarpone cheese kedalam campuran telur dan gula kacau sebati (wan guna whisk)
bila sebati masukkan shipping cream, gaul sebati

bancuh serbuk kopi segera bersama air panas celupkan biskut kedalam air, aturkan dlm acuan
sampai menutupi dasar acuan, sendukkan adunan sehingga menutupi biskut

taburkan sedikit serbuk koko

ulang sehingga habis (wan buat 2 lapis je...)

Monday, 9 November 2009

KETAM MASAK LEMAK

Sesekali boleh le beli ketam ni...4 ekor saiz sedang sama ngan rega 6 ekor ayam....
nasib baik le agak fresh jugak isinya...tak mcm sblm ni kami beli isinya dah hancur
dan nasib baik jugak....yg mkn ketam ni cuma wan, hb n amzar, my eldest son yg lain tak mkn so puas le jugak kami mkn mlm tadi.

Saturday, 7 November 2009

SUP EKOR


Sup ni wan masak minggu lepas...ambik kat rumah noreen gak, hemmm sejuk2 kat london ni sedap pekena sup ni