Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Friday, 12 June 2009

CHOCLATE CHIPS COFFEE BUN...lagik

Hari ni pagi-pagi lagi dah suruh cik BM tu bekerja.....semalam buat roti ni sempat rasa sesuap je...pas tu licin...
Hari ni lebihkan sikit nescafee...mmm lagi sedap
Wan buat sebiji besar...macam roti bantal lak bentuknya

Thursday, 11 June 2009

CHOCLATE CHIPS COFFEE BUN


Dah lama BM tu berehat...resepi dari rumah Noreen, tapi wan tukar sikit, bubuh serbuk koko, kurangkan nescafe...tak dak de rasa kopi, anyway tetap sedap

Bahan-bahan (7 biji)
250gm tepung roti
15gm susu tepung
5gm (1 1/2 camt) instant yis
1/4 camt bread improver - optional kalau tak ada pun texture roti still lembut
40gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
110gm chocolate milk - wan guna fresh milk + serbuk koko 1 sb
4 camt nescafe coffee powder atau kenco (di UK) - wan bubuh 1 st je
30gm mentega
chocolate chips secukupnya
* last week beli cinamon roll kat cinabbon, ada lebihan cream...so wan sapu tu je
kat atas roti pas tu tabur cinammon powder
cara:
panaskan chocolate milk dan nescafe ke dalam mangkuk tahan panas sehingga nescafe larut dan sebati
kemudian padamkan api oven dan biarkan sejuk
masukkan semua bahan termasuk campuran nescafe ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
setelah itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat
rehatkan selama 10 min
kemudian bahagikan doh kepada 7 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
bentukkan menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk segi empat bujur 14cm x 12cm
taburkan sedikit chocolate chips dan gulungkan seperti swiss roll
lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

Tuesday, 5 May 2009

PAU KARI AYAM


Masa buat inti ingatkan nak buat karipap...malas lak, dah 2 hari inti terperap kat dlm esbok wan uli je pau buat 1/2 adunan dpt le 8 biji...
resepi N3 lepas yg dicedok dr rumah ummi...mmg lembut dan gebu
gambar ni yg wan buat hari sabtu lepas...hari ni buat lagi sbb inti ada lagi

Friday, 20 February 2009

CHOCOLATE SWIRL BUNS

Resepi dari rumah Noreen...
Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega
Bahan2 untuk doh

150gm tepung roti
150gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
potong doh tadi tetapi jangan putus dan gulungkan
susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis (dari step 12 hingga step 16)
setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

Wednesday, 18 February 2009

DONUT


resepi mcm N3 lepas...tapi ari ni wan buat 1/2 adunan je, dpt le 7 biji

Monday, 9 February 2009

PAU


Terliur tengok pau kat rumah Ummi yg resepinya diambik kat umah Zaliana...tks to both of u for sharing the recipe
Bahan:-
1 kg tepung pau (hongkong flour) - wan guna tepung roti
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalette
500 gm air
Cara Membuat:-
Masukkan kesemua bahan kering dan gaul rata dalam mixer/mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
Masukkan pula yis dan gula. (Ummi dah gaul yis dan gula dengan bahan 1)
Masukkan shortening. Uli lembut.
* wan campur semua bahan masuk dlm bread maker
Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti. Letakkan doh atas kertas baking yang telah dipotong2 kecil. Susun dalam bekas kukusan.
Peram selama 20 - 25 minit (*ummi dah peram hampir sejam)
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan letakkan kukusan yang berisi doh tadi selama 8 - 10 minit.

Saturday, 7 February 2009

ORANGE CINNAMON ROLL

selepas dibakar
sebelum dibakar
Terliur tengok kat dapur Che Mat...tapi Wan guna parutan kulit limau je....
resepi macam N3 lepas, cuma gantikan kismis dengan parutan kulit limau dan taburkan badam

Wednesday, 4 February 2009

CUSTARD RAISINS SWEET BUN

Roti ni memang lembut dan gebu....hubby kata rasanya mcm potato bread yg selalu kami beli kat carrefour, mungkin sebab rasa custard tu kot...anyway keluar oven je terus kena ngap tinggal 3 ketul je...nasib dah buat roti jala untuk breakfast esok...
Bahan
75g tepung
75g tepung kek (wan guna 150g tepung roti)
1 camt instant yeast
60gm susu segar
1/2 biji telur (baki lagi 1/2 buat sapuan atas roti)
30gm gula pasir
25gm mentega
Bahan2 custard:
1 camb custard powder
1/2 camb gula pasir
85gm susu segar
10gm mentega
1 camt esen vanila
20gm raisins / mixed fruits
cara untuk custard
masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api
untuk doh
masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
setelah siap tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min
kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins. gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing2
susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan
setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat
source - noreen

Monday, 2 February 2009

BUN PANDAN BERKISMIS

BAHAN
300 g tepung roti
2 camca teh instat yeast
45 g gula halus
1/2 camca teh bread softerner
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar susu tepung
1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
60 ml santan
1/2 camca besar pandan paste
105 ml air20 g lemak sayur (shortening)
130 g kismis
Sedikit mentega untuk disapu

CARA
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega kedalam breadmaker, tekan setting doh tunggu hingga siap
Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian). Bulat2kan doh dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
Perap 45 minit hingga roti naik.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...
source : mat gebu

Friday, 30 January 2009

CINNAMMON ROLL....lagik


Anak-anak tak puas makan...mintak dibuatkan lagi, layan jelah....

Wednesday, 28 January 2009

CINNAMMON ROLL

Masa dok KL, kalau pegi KLCC mesti beli roti ni, kekadang tu pegi semata-mata nak beli roti ni..last week masa jalan-jalan kat Bayswater nampak kedai yg sama mcm kat KLCC, mak datuk reganya seketul £4++ (dah dpt ayam 2 ekor), kami beli jugakle itu pun seketul share 2 org - dapat le lepas kempunan...tapi wan buat ikut resepi che mat gebu ni sebiji rasa mcm yg beli..tq che mat

Bahan Doh
400 g tepung roti
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula kastor
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred B
11 g instant yeast
40 g shortening
250 ml air
Bahan Inti
3 camca besar mentega - dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis (wan ganti dengan choc chip)
UNTUK DOH
Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis/choc chip
Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti.

Wednesday, 21 January 2009

PUFF SOSEJ

1 paket ready roll puff
sosej - rebus kejap dan toskan
parutan keju

potong puff ikut saiz sosej
tabur parutan keju
letakkan sosej - gulung
sapu kuning telur
tabur bijan/coklat rise
bakar @ 180 selama 25 min

PAU TRADISIONAL

Bahan
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan
200gm gula
100gm minyak masak
460gm air

Cara
Gaul tepung dengan yis
Larutkan gula dalam air.
Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
Rehatkan adunan 10min - 15min.
Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min.
Sementara itu panaskan kukusan.
Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat
LAapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.
-wan buat 1/4 dr adunan dpt le 9 ketul
wan campur semua sekali masuk BM tekan setting doh

source- rinchan

Tuesday, 13 January 2009

Tuesday, 6 January 2009

DONUT



200g tepung berprotin tinggi
50g tepung gandum
50g tepung jagung( corn starch)
30g gula
2/3 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
2(6g) sudu kecil dry yeast
190ml (susu segar + telur )
50g lemak sayur
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
Masukkan semua bahan dlm bread maker, tekan setting doh tunggu sampai siap (1 1/2 jam)
keluarkan doh, tumbukkan biar keluar angin
bulat-bulatkan 50g setiap satu - biarkan lebih kurang 15min
buatkan bentuk gelang - goreng
taburkan castor sugar atau celup dlm coklat cair
resepi asal yani MyR

Monday, 15 December 2008

ROTI SOSEJ

Bahan-bahan (20-25 biji):
250gm tepung roti
1/2 camt garam
1 camb gula pasir
2 biji telur kuning
1 camt instant yeast
90ml air suam
40gm mentega
2 biji putih telur
golden/natural breadcrumbs
sosej - potongkan kecil
minyak secukupnya untuk menggoreng
cara:
masukkan tepung, garam, gula, yis dan kuning telur ke dalam mangkuk adunan
tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan mixer sehingga sebati
kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga terbentuk menjadi doh
setelah itu ulikan doh sehingga tidak melekat di tangan
bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 20-25gm bergantung pada berapa besarnya sosej
kemudian bentukkan doh tadi menjadi bola dan rehatkan selama 15 min
setelah itu ambil satu doh dan leperkan
bubuh satu sosej dan bentukkan semula menjadi bola
buat sehingga habis doh digunakan
ambil satu doh, celupkan ke dalam putih telur dan kemudian olekkan ke atas breadcrumb
lakukan proses ini sehingga habis dan kemudian goreng dengan minyak terendam sehingga garing dan keperangan
angkat dan hidangkan panas2 bersama sos cili
source noreen

Sunday, 12 October 2008

GARLIC BREAD


BAHAN
roti perancis secukupnya
100g mentega
2 ulas bawang putih - cincang halus
secubit garam
sedikit daun parsley
CARA
potong roti
cairkan mentega
gaul semua bahan lain
sapukan pada roti
panggang sekejap