Friday 30 January 2009

MEEHOON SUP

Bahan
1 bungkus meehoon - rendam dan celur
2 keping dada ayam
1 sup bunjut
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala
3 bawang merah, 2 bawang putih, satu in halia - kisar
kicap manis

bahan sampingan
taugeh - dicelur
daun bawang/daun sup - hiris kecil
bawang goreng
cili padi - dikisar halus, campur dengan kicap manis

Cara
ayam dipotong memanjang 3cm dan direbus bersama halia dan bawang putih yg diketuk, bila ayam dah empuk keluarkan ayam sejat kemudian perap ayam dengan kicap manis sekurang-kurangnya 1/2 jam dan digoreng, dan dihiris nipis
sementara itu masukkan sup bunjut, bawang , kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga kedalam air rebusan ayam dan biarkan mereneh dengan api perlahan

Pegedil Daging

3 biji kentang - rebus dan dilecek
2 sudu besar daging/ayam kisar
1/2 st serbuk lada hitam
1 sb bawang goreng
1/2 st garam
sedikit hirisan daun sup
sebiji telur - dipukul sikit
gaul semua bahan biar sebati , kecuali telur kemudian bentukkan bulat dan dileperkan sikit
celup dalam telur dan digoreng

BUNGKUSAN DARI MALAYSIA


Bungkusan ni dipos pada 10/12/08, 29/1/09 baru kami terima, maklum le guna jalan laut, sampai 3 bungkusan...org yg pos tak larat nak angkat kalau buat 1....tu pun terpaksa dia ajak anak buah tolong angkat...kena la pulak belanja KFC sebagai upah angkat barang.....
mari kita tengok apa yang ada dlm kotak ni....


kotak pertama.....



kotak kedua...husna sibuk nak posing sama...suka sangat banyak jajan untuk dia


kotak ketiga...kebetulan masa my sis nak pos barang ni...mum turun ke KL sebeb sis nak konvo
dapat le buah tangan dari kelantan sama....asam keping, mainsan, kerepek...
sebenarnya minggu lepas kami dah terima satu kotak...tapi kotak tu dipos kemudian dari kotak-kotak ni, mungkin orang pos malaysia silap guna udara w/pun my sis bayar guna mel laut, dlm masa 8 hari je kotak tu sampai kesini...terlupa nak ambik gambar



DAGING GORENG KUNYIT


Daging direbus biar empuk, bila air hampir kering masukkan garam dan kunyit biarkan
sehingga air kering.
Masukkan minyak serta, bila minyal dah panas masukkan hirisan bawang dan cili
Bila bawang dah layu bolehlah diangkat...sedap dimakan bersama nasi panas

TOMYAM CAMPUR


Bahan
2 bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 kiub tomyam
cili padi - ikut pedas
semua bahan dikisar bersama
daun limau
semangkuk lauk pauk
semangkuk sayuran
minyak untuk menumis
asam limau
garam
seinci lengkuas - diketuk
Cara
tumis bahan kisar sampai garing, masukan lauk biarkan seketika
masukkan air secukupny biarkan mendidih, masukkan sayuran, daun limau dan lengkuas
rasakan garam, tutup api barulah diperah asam limau.

AYAM MASAK MERAH

Ni lagi satu menu mingguan kami..kadang tu dalam seminggu 2x buat ayam masak merah...tak de resepi khusus, masak main campak2 pun gerenti licin...
Lauk ni jugak le selalu menjadi bekalan kami kalau kami travel

CINNAMMON ROLL....lagik


Anak-anak tak puas makan...mintak dibuatkan lagi, layan jelah....

SAMBAL TUMIS PEKAT SOTONG

Resepi copy dr rumah Ummi, Wan buat 1/2 dari resepi asal... penambahan serbuk kari menambahkan keenakan rasa sambal sotong ni...mmm yummyyy

Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara
Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api

Wednesday 28 January 2009

CINNAMMON ROLL

Masa dok KL, kalau pegi KLCC mesti beli roti ni, kekadang tu pegi semata-mata nak beli roti ni..last week masa jalan-jalan kat Bayswater nampak kedai yg sama mcm kat KLCC, mak datuk reganya seketul £4++ (dah dpt ayam 2 ekor), kami beli jugakle itu pun seketul share 2 org - dapat le lepas kempunan...tapi wan buat ikut resepi che mat gebu ni sebiji rasa mcm yg beli..tq che mat

Bahan Doh
400 g tepung roti
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula kastor
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred B
11 g instant yeast
40 g shortening
250 ml air
Bahan Inti
3 camca besar mentega - dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis (wan ganti dengan choc chip)
UNTUK DOH
Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis/choc chip
Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti.

KUIH BAKAR

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan
2 biji telur
1 cawan gula
sedikit garam
bijan

Cara
panaskan oven, lenserkan minyak pada acuan ketepikan
campurkan semua bahan gaul sebati
taburkan bijan bakar selama 45 min pada suhu 180

Tuesday 27 January 2009

KARI AYAM

Antara menu kegemaran anak-anak, biasanya kalau masak kari ayam, wan beli le roti canai segera...boleh buat breakfast...kalau terlebih rajin kirai roti jala

Bahan
1 ekor ayam
2 sb rempah kari - bancuh dengan air panas
1 sb cili mesin
5 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih} blend bersama + dengan rempah kari
2 in halia
200 mangkuk santan cair
100 mangkuk santan pekat
garam secukup rasa
sedikit hirisan bawang merah, bawang putih dan halia*
minyak untuk menumis
asam keping
ubi kentang

cara
tumis bahan * sampai kekuningan
masukkan cili mesin kacau sampai garing
masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan bawang biar sampai naik minyak
masukkan ayam dan asam keping kacau rata
bila air ayam dah agak kering masukkan santan cair dan ubi kentang
bila ubi dah agak empuk masukkan santan pekat dan kecilkan api
biar mendidih seketika
rasakan garam sebelum diangkat

PANDAN CUP CAKE


Husna yg mintak buatkan cake, "but I don't want choc cake" kata dia....teringat 'kehijauan' kat rumah Zaliana....campuran santan dan kelapa mmm sedap

Bahan
250 gm butter
200 gm gula kastor (wan guna 100g gula kastor +100g gula perang)
4 biji telur gred B (wan guna 3 large egg)
250 gm tepung kek/superfine (wan guna self rising flour)
100 gm santan segar (wan guna santan tin)
1 sk serbuk penaik
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 sk gliserin (ganti dengan madu)

Cara
Pukul butter dengan gula sampai kembang
Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

Saturday 24 January 2009

NASI AYAM


Dlm seminggu mesti masak nasi ayam ...anak-anak mmg suka sesangat makan, kalau buat nasi ayam mesti kena masak nasi lebih dari biasa masak main campak-campak pun tak pe ...mesti sapu licin punya ....

Friday 23 January 2009

NASI GORENG CINA ALA KAMPUNG


Malam ni hubby ada dinner kat Msia High Commission...farewell dinner, ada org dah tamat perkhidmatan kat sini..biasalah High Comm akan buat farewell untuk yg nak balik dan welcome for those yg baru sampai...so kami anak beranak makan simple jelah mlm ni
Bahan
nasi sejuk
1 cawan ikan bilis
1 cawan mix vege
1 bawang besar - potong kiub
2 ulas bawang putih - hiris nipis
letak 1sk belacan serbuk
2 biji telur
garam secukup rasa
cili padi
Cara
goreng ikan bilis, bila dah agak garing masukkan bawang kacau sampai layu
pecahkan telur,kacau sampai telur masak, masukkan belacan
masukkan mix vege kemudian masukkan nasi kacau sekata

PUDING COCKTAIL


Mom what is that?, tanya husna bila dia nampak paket agar-agar dlm kabinet, wan jawab le agar-agar, what is agar-agar? tanya husna lagi, jelly jawab wan...hmm i like jelly kata husna..can you make it tomorrow when i go to school kata dia...itulah husna my girl, walaupun wan selalu cakap melayu...dia dah tak berapa paham....

Bahan
20g agar-agar tali
7 cawan air
2 cawan gula
1 tin fruit cocktail (wan ambik air je)
3 sb tepung castard - bacuh dengan sedikit air
1 tin susu cair

cara
masak agar-agar dengan air sampai hancur
masukkan gula biar mendidih
masukkan air cocktail (kalau suka boleh letak buah dia sekali)
masukkan susu cair
masukkan bancuhan tepung castard
kacau sekata supaya castard tak berketul
biarkan mendidih seketika
sejukkan dalam acuan

Wednesday 21 January 2009

PUFF SOSEJ

1 paket ready roll puff
sosej - rebus kejap dan toskan
parutan keju

potong puff ikut saiz sosej
tabur parutan keju
letakkan sosej - gulung
sapu kuning telur
tabur bijan/coklat rise
bakar @ 180 selama 25 min

PAU TRADISIONAL

Bahan
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan
200gm gula
100gm minyak masak
460gm air

Cara
Gaul tepung dengan yis
Larutkan gula dalam air.
Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
Rehatkan adunan 10min - 15min.
Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min.
Sementara itu panaskan kukusan.
Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat
LAapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.
-wan buat 1/4 dr adunan dpt le 9 ketul
wan campur semua sekali masuk BM tekan setting doh

source- rinchan

Tuesday 20 January 2009

MEE REBUS

BAHAN
1 kg mee kuning, cuci, tos dan celur sekejap dan toskan
500 g daging lembu
300 g ubi keledek
air
3 sb rempah kari
3 sb rempah kurma
3 sb tomato puree
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
50 g udang kering, rendam 10 minit, toskan
bahan mesin
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
3 camca besar tauco(wan tak letak)
bahan sampingan
Taugeh - celur sedikit
Telur rebus
Hirisan cili hijau dan mera
hHirisan daun sup/bawang
Tauhu goreng
Bawang goreng
Limau kasturi

cara

Daging dihiris nipis, rebus hingga empuk, asingkan daging dari stoknya. Ubi keledek/kentang, dikupas kulit, potong dan rebus hingga lembut. Lecek dan kisar halus, gunakan air rebusan keledek atau kentang untuk mengisar. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar, tomato puree, rempah kurma dan rempah kari hingga harum dan garing. Gunakan api perlahan. Tuang stok daging dan juga air (ikut keperluan), kacau rata.
Bila mendidih, masukkan keledek/kentang kisar, kiub ayam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa (mee rebus selalunya sedikit manis). Renih atas api perlahan hingga kuah pekat. Matikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS :- Ambil secukupnya mee kuning tadi dan isi dalam bekas sesuai. Tambah daging rebus dan tuang kuah secukupnya. Letak bahan2 sampingan dan hidangkan segera....

source:mat gebu

Saturday 17 January 2009

ROTI JALA


Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
sebiji telur
garam
pewarna kuning
sedikit minyak masak
Cara
campurkan semua bahan
blend sampai hancur
panaskan non stick pan
kirai guna acuan roti jala
lipat atau gulung
hidangkan bersama kari ayam

Friday 16 January 2009

WESTERN

hubby's breakfast this morning....

Wednesday 14 January 2009

MEE BANDUNG




bawang besar
bawang putih
udang kering
cili kering
(blend bersama)
daging (rebus dgn air banyak..utk buat kuah)
telur
tauhu (wan guna tauhu kering...tu je yg ada dlm esbok)
sawi
daun bawang/sup

tumis bahan blend sampai garing, masukkan air rebusan daging biarkan mendidih
masukkan ayam, udang, sotong
pecahkan telur satu persatu
masukkan sawi
*wan tambah satu paket perencah mee bandung adami
*bahan bergantung sebanyak mana kuah yg ingin dibuat
bila nak makan baru taburkan daun sup tauhu

KUETIAU


resepi asal dari mat gebu...

Tuesday 6 January 2009

DONUT



200g tepung berprotin tinggi
50g tepung gandum
50g tepung jagung( corn starch)
30g gula
2/3 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
2(6g) sudu kecil dry yeast
190ml (susu segar + telur )
50g lemak sayur
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
Masukkan semua bahan dlm bread maker, tekan setting doh tunggu sampai siap (1 1/2 jam)
keluarkan doh, tumbukkan biar keluar angin
bulat-bulatkan 50g setiap satu - biarkan lebih kurang 15min
buatkan bentuk gelang - goreng
taburkan castor sugar atau celup dlm coklat cair
resepi asal yani MyR

Saturday 3 January 2009

RENDANG AYAM ALA KAMPUNG


resepi dari rumah ummi...
1 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
3 senduk cili dikisar
1 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia (ummi letak 3 cm)
6 batang serai
2 sudu besar ketumbar *
2 sudu besar jintan manis*
2 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam (ummi letak 1 sudu besar je - dan goreng tanpa minyak dulu bahan bertanda (*) sebelum dikisar)
2 mangkuk santan pekat
1 senduk besar (6 sudu besar) kerisik
1 sudu teh gula halus (ummi letak 2 sudu besar)
Garam
4 helai daun kunyit - dihiris halus (wan guna daun limau)


Sediakan kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama santan dan masukkan ayam. (Ummi tumis dulu bahan kisar sebentar kemudian baru dimasukkan santan dan ayam). Gunakan api yang sederhana besar dan kacau sesekali.
Apabila sudah pekat, masukkan gula.
Bila santan sudah hampir pekat, masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit.
Seimbangkan rasa dan tutup api.
Nota: Serai juga boleh dihiris halus dan ditumbuk