Tuesday 14 October 2008

DAGING MASAK HITAM MANIS


1/2 kati daging btg pinang – dipotong
1/2 cwn - kicap manis
3 sudu besar cili kering yg telah diblend (ikut suka pedas, kalo nak pedas lagi..tambahlah)
1/4 cawan kicap masin

BAHAN A – asingkan kepada 2 bhg. (untuk digaul bersama daging dan utk tumisan)
3 sk jintan manis
3 sb jintan putih
disangrai dan ditumbuk halus
(pakai serbuk pun ok)
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia
diblend

Bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/asam keping
minyak masak

CARA
daging direbus bersama kicap. (Air rebusan jgn byk sangat sbb daging keluarkan air rebusan) bila daging dah empuk, gaul sedikit dengan bhg. A goreng kejap jer.
Asingkan daging ke dlm pinggan, masukkan pula lebihan bhn. A tadi utk ditumis
Masukkan cili kering kacau sebati.
Masukkan pula daging dan air rebusan tadi, gaul sampai rata.Taburkan asam keping,b.lwg,kkmanis dan buah pelaga.
Masukkan kicap masin
Biarkan mendidih sekejap, rasakan garam/gula
bila kuah agak pekat, bolehlah diangkat
source - maklang

UDANG GORENG KUNYIT


Gaul udang bersama sedikit garam dan kunyit serbuk
panaskan kuali masukkan udang goreng sampai kering air
masukkan minyak masak hirisan bawang dan cili
goreng sampaibawang agak layu, bolehlah diangkat

Monday 13 October 2008

SPAGHETTI BOLOGNISE


BAHAN
2 paket spaghetti
400g daging @ ayam cincang
2 tin tomato puree (1 tin +-400g)
1 tin sliced mushroom
3 biji bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - hiris nipis
gula
garam
oregano, basil, rosemary (kering) *
(1/2 sudu teh tiap satu)
1 gelas air
CARA
rebus spaghetti bersama sedikit minyak dan garam - ketepikan
kuahnya
tumis bawang sampai garing
masukkan daging - kacau sampai masak
masukkan tomato puree, garam dan gula
biarkan mendidih
masukkan * dan bolehlah diangkat

Sunday 12 October 2008

RAINBOW PUDDING



BAHAN
20g agar-agar tali
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
130 gm mentega
6 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makan tepong custard - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan serbuk koko - bancuh dengan sedikit air panas
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning

CARA
Masak agar-agar sampai hancur masukkan gula biarkan mendidih - ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker - kejap aje
masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata,
masak semula sehingga adunan mendidih - mesti sentiasa kacau
masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata
bahagikan adunan kepada 3 dan masukkan pewarna (koko, merah dan kuning)
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...
tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula dengan satu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan
Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya biarkan keras
source - hanieliza

GARLIC BREAD


BAHAN
roti perancis secukupnya
100g mentega
2 ulas bawang putih - cincang halus
secubit garam
sedikit daun parsley
CARA
potong roti
cairkan mentega
gaul semua bahan lain
sapukan pada roti
panggang sekejap

MUSHROOM SOUP

BAHAN

250g isi ayam - potong kecil
6 cawan air
2 cawan susu segar
2 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang - potong kecil
1 cawan tepung gandum - bancuh dengan air
garam

CARA

4 cawan air untuk rebus ayam
2 cawan untuk bancuh tepung
rebus ayam bersama air dan garam sampai empuk
masukkan kiub ayam dan cendawan
masukkan susu
masukkan bancuhan tepung
biarkan mendidih, rasakan garam

Wednesday 8 October 2008

NASI AYAM


sekor ayam direbus bersama seulas bawang putih, seinci halia dan sedikit garam
(air dilebihkan separuh untuk masak nasi dan separuh lagi buat sup)
sejat ayam dan perap (sejam) bersama kicap masin dan madu kemudian digoreng
3 cawan beras masak bersama air rebusan ayam, sedikit kunyit dan garam
(boleh juga letak daun pandan dan sebatang serai)
sos
2 cili merah
seulas bawang putih
1 sb sos cili
1sk sos tomato
garam dan gula
*blend bersama
kicap
1/2 cawan kicap
1sb sos tiram
1 sb air rebusan ayam
* kacau sebati
sup
1 in halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
* blend
bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih
1 bungkus sup bunjut
garam
masukkan kedalam air rebusan ayam -
didihkan atas api seketika (untuk mesrakan rempah ratus)
Hidangkan nasi bersama hirisan timun,tomato dan salad

MOIST CHOCLATE CAKE


gambar diambil masa bday ammar, dah selalu sangat buat kek ni...senang dan sedap
resepi dari rumah ummi

Bahan A:-
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe (wan letak 1 sk je)
1/2 cawan susu manis
Bahan B:-
3 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Bahan C:-
1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)
Cara Menyediakan:-
- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. (selalunya wan kukus
40 minit aje)
Bila telah sejuk, keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan.
Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.
source - ummi

TELUR MASAK SWEET SOUR


dadarkan telur
tumis bawang putih/merah/halia
masukkan sos cili dan sos tomato
rasakan garam dan gula
hiaskan dengan hirisan cili merah dan bawang besar
tabur daun saderi dan bawang goreng

KUIH BOM

BAHAN
doh
1 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 st air kapur
1/2 st garam

adun semua bahan sampai sebati

inti
kacang hijau direndam semalam
rebus sampai empuk
masukkan gula (merah + putih)
masukkan sedikit kelapa parut
garam

cara
bulatkan inti balut dengan doh
salut dengan bijan
biarkan semalaman baru digoreng
*kalau terus digoreng nanti betul-betul jadi bom- meletup

Monday 6 October 2008

BAHULU

Husna suka betul bahulu ni, tiap kali pegi kedai pak arab tu mesti dia mintak nak beli, tapi kat
kedai tu bukan bahulu tapi kek berbentuk bahulu, cari-cari kat internet jumpa resepi cuba le buat...hmm hasilnya not bad, balik sekolah husna terus makan hampir separuh dimakannya.

BAHAN

3 biji telur saiz besar
170 g gula castor
1/2 sk esen vanila (tak letak pun tak pe)
175g tepung gandum*
1/4 sk soda bicarbonate*
*ayak bersama

CARA

panaskan over 200 degree C
pukul telur sampai kembang
masukkan gula sikit-sikit sambil terus dipukul sampai adunan
jadi keputihan masukkan vanila
masukkan tepung sikit-sikit kacau (jangan terlebih kacau)
sapu minyak pada acuan bakar kejap
sendukkan adunan kedlm acuan bakar selama 12-15 minit (hingga warna keperangan)

AYAM MASAK BUNGA KANTAN

BAHAN
A
2 baby chicken
4 sb tepung jagung
4 sb sos tiram
perap 1 jam

B
4 batang bunga kantan
4 batang serai
cili api (ikut pedas)
dikisar bersama

C
4 sb myonnais
4 sb madu
daun limau purut - dihiris halus
2 kiub tomyam
1/2 gelas air

CARA

Goreng ayam sekadar masak
tumis bahan kisar hingga garing masukkan kiub tomyam
masukkan ayam kacau sekata, masukkan air dan myonnais
rasakkan garam/gula, kalau terkurang boleh tambah
bila agak kering tabur daun limau boleh angkat dan hidangkan

*selalunya masakan ni tak perlu garam/gula

source - lina

SOTONG GORENG PEDAS


BAHAN
5 ekor sotong - potong bulat
2 bawang putih - diketuk
2 sb cili mesin
3 sb kicap manis
minyak untuk menumis
bahan hiasan
cili merah
bawang besar
buah tomato
cara
sotong digoreng sekejap aje - ketepikan
tumis bawang putih dan cili sampai garing
masukkan kicap kacau sekejap
masukkan bahan hiasan kacau
angkat dan hidangkan
* kalau nak pedas lagi boleh ketuk cili api masukkan bersama bahan hiasan
source - maklang

AGAR-AGAR GULA MERAH

Dah banyak kali buat agar-agar ni...dari resepi yang berlainan, modified sana-sini jadilah
resepi kat bawah ni..

Bahan
20g agar-agar tali (rendam 1/2 jam)
7 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
gula batu (sebesar ibu jari)
2 biji telur*
100ml santan pekat*
* pukul bersama


cara
masak agar0agar dengan air sampai hancur
masukkan gula - biarkan mendidih
masukan campuran telur dan santan
biar mendidih sekejap baru disejukkan dalam acuan

note: ada juga setengah resepi panggil agar-agar kemenyan
source - hajar

Sunday 5 October 2008

LOPES


BAHAN
1 cawan beras pulut - rendam 2 jam
kelapa parut
air gula melaka
sedikit garam
santan - ikut suka

CARA
kukus pulut bersama air selam 5 minit (wan guna microwave je..)
( air sama paras dengan pulut)
kacau pulut tambah lagi air 1/2 cawan dan 1/2 st garam
(campur sikit santan kalau suka)
kukus lagi sampai masak
bentukkan guna tutup botol (mcm dlm gambar)
gaul dengan kelapa parut
hidangkan dengan air gula melaka

SERIKAYA



Anak-anak memang suka makan kaya ni dengan roti, so kalau buat ni roti mesti beli lebih sikit

BAHAN
A
1 cawan gula
1/2 cawan air
jadikan gula hangus - jangan hitam sangat nanti kaya pahit

B
1/2 cawan gula + 3 biji telur
pukul bersama sampai gula hancur
3 biji telur

C
2 1/2 cawan santan
2sb tepung jagung
sikit pewarna kuning @ hijau pandan

CARA
campurkan bahan C kedalam bahan B gaul sebati
masukan kedalam bahan A
masakkan atas api perlahan hingga pekat
= mesti sentiasa kacau supaya tak bergentel
masukkan pewarna kuning @ hijau pandan