Friday, 22 May 2009

CHICKEN TERIYAKI

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam (wan guna sekor baby chicken)
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb sugar 3 inci halia, diparut *
3 biji bawang putih, diparut *
(guna yg ready made)
1 st garam halus


Cara-cara
Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam di dalam petisejuk.
Panaskan non-stick pan dan panggang.
Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat

source rinnchan

Monday, 18 May 2009

STIR FRIED SHITAKE & ASPARAGUS



Resepi dari rumah Rinn Chan,
Bahan-bahan
Semangkuk shitake, dihiris
secekak asparagus, dipotong 2 inci panjang
3 biji bawang putih, diketuk
1/2 camca teh lada putih
1 camca teh lada hitam kasar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Secubit garam
Sedikit minyak zaitun utk menumis (Minyak masak biasa pun ok...)
*Minyak bijan

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
Masukkan lada putih, kacau seketika.
Masukkan hirisan shitake dan goreng hingga agak layu.
Masukkan sos tiram dan kicap cair - kacau sebentar
Masukkan asparagus - sekadar asparagus layu, terus taburkan lada hitam kasar dan garam. Kacau rata. Kalau suka boleh masukkan beberapa titis minyak bijan. Siap utk dihidangkan.

Sunday, 17 May 2009

HOME MADE KFC

Untuk bekal anak pegi sekolah....dlm seminggu ada le 3x diaorang ni bawak ayam goreng

bahan
1 ekor baby chicken - potong kecil
1 sb serbuk ayam goreng ADABI*
2 sb tepung gandum*
2 sb tepung jagung*
*gaul sebati
1 biji telur putih - whisk

Cara
celupkan ayam kedalam putih telur kemudian celupkan kedalam campuran tepung
goreng dlm deep fryer.

Thursday, 14 May 2009

HE IS 9


13/5/09 genaplah umur hilmi 9 tahun.... buatkan dia moist choc cake

Sunday, 10 May 2009

SELAMAT HARI IBU

Kad pemberian kak ina kl...thank you very much...lambat sikit ambik kad ni sebab weekend hari tu kami ke isle of wight (south part of uk), bermalam kat portsmouth...ahad petang baru sampai rumah...

Friday, 8 May 2009

RENUNGAN...


Renungan Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :Imam Ghazali =
" Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Wednesday, 6 May 2009

KARI IKAN MERAH +TUNA

Lauk dinner kami...belum makan lagi ni..tunggu hubby balik office dulu....

KAU BUNGA KU...


Keluar topik kejap...kat sini sekarang ni kat mana-mana park penuh bunga...terliur lak tengok nak petik nanti kena saman lak...so bila pegi beli brg dapur kat supermarket tu tgk fresh flower murah je reganya wan beli je...dah hampir sebulan pasu tu bertukar bunga saban minggu...

Tuesday, 5 May 2009

NASI MINYAK

Set nasi minyak...ayam masak merah, dalca daging, acar nenas + kobis
Menu hari sabtu...kami brunch pas tu terus pegi little venice sbb ada boat parade

PAU KARI AYAM


Masa buat inti ingatkan nak buat karipap...malas lak, dah 2 hari inti terperap kat dlm esbok wan uli je pau buat 1/2 adunan dpt le 8 biji...
resepi N3 lepas yg dicedok dr rumah ummi...mmg lembut dan gebu
gambar ni yg wan buat hari sabtu lepas...hari ni buat lagi sbb inti ada lagi

KARI UDANG HARIMAU


Salam bersiaran...hehehe singgah sapu sawang, abuk pun dah tebal kat umah ni dah lama bebonar tak jengah kesini....
bukannya tak masak...mesti nak kena masak, bila dah masak tu malas pulak nak snap
gambar...kekadang tu dah snap gambar malah pulak nak posting....sibuk dengan facebook...so sesape yg join facebook boleh add email wan....
masak kari udang sebab teringat masa makan kat majlis tahlil rumah nina tempoh hari, semalam pegi wing yip beli udang harimau...surf kat tenet ada le jumpa resepi kari udang...maklum le tak pernah masak kari udang ni...tapi wan tak le buat sebiji mcm kat resepi yg jumpa...main taram je...tgk hubby laju je makan, ok le kut, tadi masak tak sukat resepi main buh je....