Monday, 23 February 2009

AYAM BAKAR


Resepi asal dr K hanieliza, tapi wan ambik dr rumah Ummi...mmg sedap, bak kata ummi mcm rasa satay pun ada...tak guna sos pun ok...
Bahan A:-
1 ekor ayam (potong 8) -
Bahan B (dimesin halus) :-
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawan merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah (jika suka)
Bahan C:-
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yang diketuk (buat renjis semasa bakar ayam)
Bahan Lain:-
sayuran seperti salad, carrot, timun, tomato, brokoli & bunga kobis

Friday, 20 February 2009

CHOCOLATE SWIRL BUNS

Resepi dari rumah Noreen...
Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega
Bahan2 untuk doh

150gm tepung roti
150gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
potong doh tadi tetapi jangan putus dan gulungkan
susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis (dari step 12 hingga step 16)
setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

MEE PANGSIT


Memang tak rugi cuba.....sedap, lazat dan yg penting senang banget nak masak.....tq che mat for sharing the recipe

BAHAN KUAH :-

400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan
3 - 4 batang crab stick (resipi asal tak letak ...wan pun tak letak)
1 batang saleri, dihiris kasar (resipi asal tak letak)
1 kiub ayam "Maggi" (resipi asal tak letak)
6 biji bawang merah*6 ulas bawang putih*
6 biji buah keras*
1 camca besar lada sulah biji*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


BAHAN LAIN :-

Mee kuning secukupnya (tak de stok mee kuning, mat guna mee hoon, wan pun guna meehoon)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk - takde
Tauhu, digoreng dan hiris - takde
taugeh dicelur (wan tambah)
CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK KUAH :-

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat!!

Wan...kalau menu mcm ni...memang letak slow cooker atas meja...maklum le kat sini sejukkk kuah pun cepat sejuk...


TAG

Tag dari SILyg ada kat MELAKA ... Rules nye:
Go to your photos folder in your c omputer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Mcm award tadi jugak....tag ni sampai kat sini jelah...dah ramai yg dpt, lagipun otak tak leh nak pikir nak bagi kat sape buat masa ni...sbb banyak benda tak settle kat umah ni...maklum le baru balik holiday.....
Gambar menunjukkan anak-anak tgh ngaji, kami panggi student dtg ajar(dgn sedikit bayar) 3x seminggu.....kalau kami ajar, mulut mcm tak leh bukak, huruf pun mcm tak kenal...tapi bila org lain ajar...elok je diaorang ni ngaji....masa wan dok buat entry ni pun...anak-anak tgh ngaji...

AWARD


Alhamdulliah...dapat award lagi, kali ni dr SIL leen, tapi award ni wan nak simpan sorang2 je tak nak share hehehe....anyaway thanks a lot leen for the award...tunggu le aug nnt award dr london lak, kalau ada la yea..tak janji tau hahaha...

Wednesday, 18 February 2009

ASAM PEDAS IKAN KOD


Lepas kawin baru kenal masakan ni....hubby yg ajar mcm mana nak masak, wan bantai je masak lauk ni...bila time nak rasa suruh hubby yg rasa...dan wan mmg tak pernah walau sesudu makan lauk ni...sekarang ni anak no 3, hilmi je yg cuba-cuba makan lauk ni anak yg lain mmg tak sentuh
so kalau masak asam pedas ni mmg masak sepinggan je....

DONUT


resepi mcm N3 lepas...tapi ari ni wan buat 1/2 adunan je, dpt le 7 biji