Monday, 26 October 2009

CHOC CHEESE ORANGE MUFFIN


BAHAN-BAHANNYA
130 g mentega
130 g cream cheese
4 biji telur gred A
150 g gula halus
260 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bikarbonate
*1/2 camca teh baking powder
*40 g serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
2 camca besar golden syrup (boleh ganti dengan "madu")
1 biji oren, parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren di atas)
CARA MEMBUATNYA
Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur
Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang
Jarak waktu untuk satu telur = 1 minit
Masukkan parutan kulit oren, putar rata
Masukkan madu/golden syrup
Pada kelajuan perlahan masukkan tepung tadi berselang seli dengan jus oren, hingga habis. Macam biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dengan tepung.
Putar hingga semua sebati.
Kaup adunan dengan spatula untuk meratakan mana2 bahagian dalam mangkuk adunan yang kurang rata
Sudukan adunan 3/4 penuh dalam muffin cup
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak.
Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2....
source : mat gebu

2 comments:

fzi said...

Salam Wan...
Selamat berkenalan...oghe kelate jugok ni.. :)
Lo ni tengoh wat koleksi resepi muffin, mitok izin copy deh...tq

WAN said...

salam fzi...
sila le mana yg berkenan resepi wan...wan pun byk copy dr kawan2 blogger gak