Thursday, 17 September 2009

SALAM AIDILFIRTRI 1430H


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 alam cyber. Tahun adalah tahun ke 4 kami beraya di kota London.
dah lama tak update blog ni sebabnya malas nak snap gbr bila masak, lagipun bln puasa ni sengaja masak lewat sikit.... sedang elok hampir waktu berbuka baru siap.
Biskut raya pun tak buat...nnt le lepas raya nak buat, masa balik msia hari tu adalah beberapa jenis family kasi....teringin gak nak mkn yg buat sendiri, tapi kalau buat nnt siapa nak habiskan, tunggu biskut yg ada habis baru nak buat...tu pun kalau rajin.

Friday, 24 July 2009

SHEPHERD PIE

Anak-anak cuti sekolah...makanan nak kena sentiasa ada kat meja...
Mashed potato
8 potato ~ peeled, cleaned and boiled till soft
4 tablespoons butter
2 eggs ~ slightly beaten
200ml fresh milk
1 teaspoon pepper salt to taste

Method
Boil potato till soft and mash
In a pot, heat butter, milk, salt and pepper. Let butter melt then remove from heat
Add the egg into the mashed potato and mix well
Pour in the liquid and stir till well mixed

Filling
400g mince meat
3 onions ~ diced
2 carrots ~ diced
2 tomato ~ diced
2 tablespoons tomato sauce
2 tablespoons soya sauce salt to taste
oil for frying
2 tablespoons flour
mixed vegetable ~ optional
1 egg yolk ~ for glazing

Method
Heat oil and put in the diced onion. Fry till fragrant
Add in the carrots and minced meat. Let it cook for a while
Add in the mixed vegetable, diced tomato, tomato sauce and soya sauce
Stir well till minced meat are well cooked
Add in salt
Add in flour*, mix well
Remove from heat and ready to use
How to make Shepherd Pie
Put a layer of mashed potato in the pie dish, on the base as well as the sides
Place the filling
Top with the balance mashed potato
Use a fork to make design on top then glaze with egg yolk
Bake in a preheated oven at 200 celcius for 30 - 40 minutes or till golden in colour

source : mamafami

SATAY

Walaupun tinggal seminggu lagi kami akan jejak kaki di bumi Malaysia, tapi sebab dah lama teringin nak buat satay, pada hal minggu lepas masa kami bbq kat rumah zetty dah makan satay.....

Bahan

Bahan2 A
1 kg isi ayam
250gm gula pasir (wan letak 150g je)
garam secukup rasa
lidi sate secukupnya

Bahan2 dikisar halus
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari haliasejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan2 B - dibancuh
1 biji buah keras - ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak masak

Bahan2 kuah sate
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 dikisar halus
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

Cara sate: ayam dicuci bersih dan ditoskan.
hiris daging ayam mengikut cita rasa masing, tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi2
gaul hirisan ayam ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata
perap selama 2 - 3 jam atau semalaman supaya rempahnya meresap
barulah dicucuk dengan lidi sate. bakar di atas tempat pembakar sate atau atas grill pan. renjiskan dengan Bahan2 B yang telah dibancuh dan bakarlah sehingga garing dan masak

Cara untuk buat kuah sate:
kacang tanah dikisar jangan terlalu halus
asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
panaskan minyak, tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya
masukkan serai dan lengkuas. tuangkan air asa dan kacau rata
masukkan pula gula pasir dan garam. akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman

source : noreen

Wednesday, 15 July 2009

KUIH CARA MANIS

Bahan
100g tepung
1 biji telur
200ml santan
sedikit garam
pandan paste

Cara
Gaul semua bahan bakar dlm acuan taburkan sedikit gula bila adunan 1/2 masak

Tuesday, 14 July 2009

SLICE CHEESE CAKE

Bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
pewarna hijau
Cara-cara
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
source : jun

Friday, 19 June 2009

NASI BUKHARI AYAM

Bahan
1 ekor ayam potong kecil dan bersihkan
1 kg beras bathmati basuh dan toskan
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt (wan guna susu cair + perahan limau nipis)
1 pokok daun ketumbar [potong pendek] - wan tak letak
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
3 cm halia*
tumbuk halus
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi
Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh
Masukkan ayam dan buah tomato biarkan mendideh
Masukkan beras dan daun ketumbar
masak macam masak nasi biasa

sourse : hanieliza

CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

Bahan-bahan
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam
4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler sehingga
semuanya sebati dan pekat
ketepikan dari api dan biarkan sejuk
ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati ketepikan
di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source : noreen