Saturday, 7 February 2009

GULAI KUNING IKAN TALANG MASIN DAN IKAN TUNA

Lauk dinner kami, siang tadi lunch makan roti canai je kat kedai mamak(msian indian muslim) di Willesden Green.....sesekali pekena roti canai tebar selalunya roti makan roti canai segera je....
Gulai ni terpaksa campur 2 jenis ikan...Wan sorang je yg makan ikan masin gulai ni...hubby ngan anak-anak tak makan ikan masin

Bahan
300g isi ikan tuna
2 keping ikan talang masin
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili kering*
* kisar bersama
seinci lengkuas diketuk
1/2 st serbuk kunyit
300 ml santan
asam keping
garam
bahan sampingan
cili hijau
tomato
nenas

Cara
campurkan semua bahan kecuali ikan dan bahan sampingan
kacau atas api sederhana sehingga hampir mendidih
masukkan ikan dan dikacau lagi sampai mendidih seketika
masukkan bahan sampingan
perasakan garam, bolehlah diangkat

2 comments:

Mel said...

Tumpang tanya....kat mana kedai mamak tu? Which part of Willesden Green?

Thanks!

WAN said...

mel..kedai tu depan lorong sainsbury willesden green...nama kedai TASTE OF MALAYSIA@LONDON