Monday, 9 February 2009

PAU


Terliur tengok pau kat rumah Ummi yg resepinya diambik kat umah Zaliana...tks to both of u for sharing the recipe
Bahan:-
1 kg tepung pau (hongkong flour) - wan guna tepung roti
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalette
500 gm air
Cara Membuat:-
Masukkan kesemua bahan kering dan gaul rata dalam mixer/mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
Masukkan pula yis dan gula. (Ummi dah gaul yis dan gula dengan bahan 1)
Masukkan shortening. Uli lembut.
* wan campur semua bahan masuk dlm bread maker
Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti. Letakkan doh atas kertas baking yang telah dipotong2 kecil. Susun dalam bekas kukusan.
Peram selama 20 - 25 minit (*ummi dah peram hampir sejam)
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan letakkan kukusan yang berisi doh tadi selama 8 - 10 minit.

1 comment:

ummi said...

Wan, sedapnya pau..hehe..menjadi ya..sedap kan..tapi tgk ABC snow Wan tu lagi x tahan tau! Sini panas sgt, sedap kalu dapat ABC nih.. :D