Wednesday, 8 October 2008

MOIST CHOCLATE CAKE


gambar diambil masa bday ammar, dah selalu sangat buat kek ni...senang dan sedap
resepi dari rumah ummi

Bahan A:-
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe (wan letak 1 sk je)
1/2 cawan susu manis
Bahan B:-
3 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Bahan C:-
1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)
Cara Menyediakan:-
- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. (selalunya wan kukus
40 minit aje)
Bila telah sejuk, keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan.
Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.
source - ummi

2 comments:

Anonymous said...

apo resepi main sukat cawan ni?
bg la timbang gram punya.....

wan said...

kita guna cawan sukatan punya le...tak main le cawan minum teh ke cawan minum kopi....