Monday, 23 February 2009

AYAM BAKAR


Resepi asal dr K hanieliza, tapi wan ambik dr rumah Ummi...mmg sedap, bak kata ummi mcm rasa satay pun ada...tak guna sos pun ok...
Bahan A:-
1 ekor ayam (potong 8) -
Bahan B (dimesin halus) :-
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawan merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah (jika suka)
Bahan C:-
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yang diketuk (buat renjis semasa bakar ayam)
Bahan Lain:-
sayuran seperti salad, carrot, timun, tomato, brokoli & bunga kobis

Friday, 20 February 2009

CHOCOLATE SWIRL BUNS

Resepi dari rumah Noreen...
Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega
Bahan2 untuk doh

150gm tepung roti
150gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
potong doh tadi tetapi jangan putus dan gulungkan
susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis (dari step 12 hingga step 16)
setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

MEE PANGSIT


Memang tak rugi cuba.....sedap, lazat dan yg penting senang banget nak masak.....tq che mat for sharing the recipe

BAHAN KUAH :-

400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan
3 - 4 batang crab stick (resipi asal tak letak ...wan pun tak letak)
1 batang saleri, dihiris kasar (resipi asal tak letak)
1 kiub ayam "Maggi" (resipi asal tak letak)
6 biji bawang merah*6 ulas bawang putih*
6 biji buah keras*
1 camca besar lada sulah biji*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


BAHAN LAIN :-

Mee kuning secukupnya (tak de stok mee kuning, mat guna mee hoon, wan pun guna meehoon)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk - takde
Tauhu, digoreng dan hiris - takde
taugeh dicelur (wan tambah)
CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK KUAH :-

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat!!

Wan...kalau menu mcm ni...memang letak slow cooker atas meja...maklum le kat sini sejukkk kuah pun cepat sejuk...


TAG

Tag dari SILyg ada kat MELAKA ... Rules nye:
Go to your photos folder in your c omputer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Mcm award tadi jugak....tag ni sampai kat sini jelah...dah ramai yg dpt, lagipun otak tak leh nak pikir nak bagi kat sape buat masa ni...sbb banyak benda tak settle kat umah ni...maklum le baru balik holiday.....
Gambar menunjukkan anak-anak tgh ngaji, kami panggi student dtg ajar(dgn sedikit bayar) 3x seminggu.....kalau kami ajar, mulut mcm tak leh bukak, huruf pun mcm tak kenal...tapi bila org lain ajar...elok je diaorang ni ngaji....masa wan dok buat entry ni pun...anak-anak tgh ngaji...

AWARD


Alhamdulliah...dapat award lagi, kali ni dr SIL leen, tapi award ni wan nak simpan sorang2 je tak nak share hehehe....anyaway thanks a lot leen for the award...tunggu le aug nnt award dr london lak, kalau ada la yea..tak janji tau hahaha...

Wednesday, 18 February 2009

ASAM PEDAS IKAN KOD


Lepas kawin baru kenal masakan ni....hubby yg ajar mcm mana nak masak, wan bantai je masak lauk ni...bila time nak rasa suruh hubby yg rasa...dan wan mmg tak pernah walau sesudu makan lauk ni...sekarang ni anak no 3, hilmi je yg cuba-cuba makan lauk ni anak yg lain mmg tak sentuh
so kalau masak asam pedas ni mmg masak sepinggan je....

DONUT


resepi mcm N3 lepas...tapi ari ni wan buat 1/2 adunan je, dpt le 7 biji

PULUT KUNING


Tengahari tadi masak kari ayam....tgk banyak lagi lebih wan rendam beras pulut lepas lunch tadi...hemmm dapat le buat minum petang
bahan
secawan beras pulut
1/2 sb gula
1/2 sk garam
1/2 cawan santan
cara
rendam beras pulut sekurang-kurangnya 2 jam
kukus dlm microwave (wan guna mangkuk pyrex yg bertutup) @ medium heat for 5 mins
dengan air yg sama paras dengan pulut
keluarkan dari oven masukkan gula, garam dan santan kacau rata
kukus lagi 3 minit...siap

Tuesday, 10 February 2009

JEJEMPUT PISANG


Masak ni kes nak perabihkan stok pisang (kat sini yg ada pisang berangan je), biasalah anak-anak bila pisang tak de tanya bila dah banyak depan mata tak usik pun, tapi bila time diorang makan, terutamanya husna boleh habis 3 biji sekali makan... selalunya buat pakai cucur segera adabi je...teringin gak nak buat jemput2 kelapa mcm kat umah che mat tu.....tapi kena simpan dlm waiting list dulu.....sampai balik dr berlin..tu pun kalau angin R kalau dtg angin M tak dapek nak nolong...tgk gbr kat umah che mat jelah nampaknya

AWARD...dari che mat gebu








Terharu sungguh rasanya dapat award dari che mat ni, wan suka singgah rumah che mat ni...ada aje menu baru yg menggoda kalbu dan teknik fotografi ...anyway terima kasih le che mat kasi wan award ni...4 sekali lak tu....boleh le wan kasi kat anak2 wan sorang satu, award ni juga wan nak share dengan...
NOREEN...selalu gak wan cari idea kat umah dia
JUN - suka singgah umah jun time lapar atau boring coz lagu best
ZALIANA - asal satu kg
HANIELIZA - dari rumah k liza timbul ilham buat blog sendiri
sudi-sudikan....



Monday, 9 February 2009

KEK PANDAN MARBLE


Dari semalam Husna sibuk suruh buat kek...tapi semalam penat sbb pergi terapi minda ke Oxford Street(mcm JLN TAR kalau kat KL sbb org ramai sgt tapi kedai2 semuanya branded so cuci mata aje)...pegi sorang, hubby jaga anak kat umah... sesekali (mcm leh buat selalu je sbb ok je diorang duk kat umah janji siapkan makanan untuk diaorang)

Belum sempat sejuk betul kek dah licin...nasib hubby balik office sempat rasa sepotong...terus Husna suruh buat lagi satu, hemmm not now dear, maybe balik dari holiday nnt kita buat lagi...
next week sekolah anak cuti (seminggu) we all akan bercuti ke Berlin(Germany) dan Prague (Republic Chech) for 6 days...
Resepi kek dari rumah Zaliana yg diambik dr Myresepi - R-Lin...

Bahan

4biji telur
1sdt serbuk coklat,ayak.
100gr gula pasir
1sdt ovallate
25ml santan pekat,saya guna santan kara dalam kotak
1sdt perisa pandan
50gr minyak masak
100gr tepung gandum }ayak
1/2sdt sebuk penaik }bersama
beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara
Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.
Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata.
Masukkan minyak masak,kacau rata.
Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata.
Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat.Kacau rata.
Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata.
Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adunan coklat,marblekan.
Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit

PAU


Terliur tengok pau kat rumah Ummi yg resepinya diambik kat umah Zaliana...tks to both of u for sharing the recipe
Bahan:-
1 kg tepung pau (hongkong flour) - wan guna tepung roti
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalette
500 gm air
Cara Membuat:-
Masukkan kesemua bahan kering dan gaul rata dalam mixer/mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
Masukkan pula yis dan gula. (Ummi dah gaul yis dan gula dengan bahan 1)
Masukkan shortening. Uli lembut.
* wan campur semua bahan masuk dlm bread maker
Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti. Letakkan doh atas kertas baking yang telah dipotong2 kecil. Susun dalam bekas kukusan.
Peram selama 20 - 25 minit (*ummi dah peram hampir sejam)
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan letakkan kukusan yang berisi doh tadi selama 8 - 10 minit.

Sunday, 8 February 2009

NASI LEMAK

Breakfast pagi ni...lunch sekali la t/hari nanti, anak-anak memang suka nasi lemak ni

Saturday, 7 February 2009

ORANGE CINNAMON ROLL

selepas dibakar
sebelum dibakar
Terliur tengok kat dapur Che Mat...tapi Wan guna parutan kulit limau je....
resepi macam N3 lepas, cuma gantikan kismis dengan parutan kulit limau dan taburkan badam

GULAI KUNING IKAN TALANG MASIN DAN IKAN TUNA

Lauk dinner kami, siang tadi lunch makan roti canai je kat kedai mamak(msian indian muslim) di Willesden Green.....sesekali pekena roti canai tebar selalunya roti makan roti canai segera je....
Gulai ni terpaksa campur 2 jenis ikan...Wan sorang je yg makan ikan masin gulai ni...hubby ngan anak-anak tak makan ikan masin

Bahan
300g isi ikan tuna
2 keping ikan talang masin
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili kering*
* kisar bersama
seinci lengkuas diketuk
1/2 st serbuk kunyit
300 ml santan
asam keping
garam
bahan sampingan
cili hijau
tomato
nenas

Cara
campurkan semua bahan kecuali ikan dan bahan sampingan
kacau atas api sederhana sehingga hampir mendidih
masukkan ikan dan dikacau lagi sampai mendidih seketika
masukkan bahan sampingan
perasakan garam, bolehlah diangkat

Thursday, 5 February 2009

ROTI JALA lagik...


Malam tadi dinner dengan lauk kari ayam...banyak lak balance, tgk dlm esbok tak de pulak stok
instant paratha, so sementara tunggu custard bun kembang Wan bancuh sikit roti jala.....dapat le anak-anak buat b/fast pagi ni

Wednesday, 4 February 2009

CUSTARD RAISINS SWEET BUN

Roti ni memang lembut dan gebu....hubby kata rasanya mcm potato bread yg selalu kami beli kat carrefour, mungkin sebab rasa custard tu kot...anyway keluar oven je terus kena ngap tinggal 3 ketul je...nasib dah buat roti jala untuk breakfast esok...
Bahan
75g tepung
75g tepung kek (wan guna 150g tepung roti)
1 camt instant yeast
60gm susu segar
1/2 biji telur (baki lagi 1/2 buat sapuan atas roti)
30gm gula pasir
25gm mentega
Bahan2 custard:
1 camb custard powder
1/2 camb gula pasir
85gm susu segar
10gm mentega
1 camt esen vanila
20gm raisins / mixed fruits
cara untuk custard
masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api
untuk doh
masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
setelah siap tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min
kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins. gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing2
susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan
setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat
source - noreen

Monday, 2 February 2009

ABC snow


Dari malam tadi snow turun dengan lebatnya kat London ni...paling lebat dalam tempoh 18 tahun...sambil anak-anak dok main snow ball dan buat snow man Wan bancuh pewarna bagi dia orang mangkuk, isi snow, curahkan air bewarna....jadilah rupa ABC.....hehehh ada sape-sape terliur nak rasa......
Apa-apa pun seharian anak dapat main snow maklum le sekolah declare cuti ari ni (isnin) dan esok

BUN PANDAN BERKISMIS

BAHAN
300 g tepung roti
2 camca teh instat yeast
45 g gula halus
1/2 camca teh bread softerner
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar susu tepung
1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
60 ml santan
1/2 camca besar pandan paste
105 ml air20 g lemak sayur (shortening)
130 g kismis
Sedikit mentega untuk disapu

CARA
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega kedalam breadmaker, tekan setting doh tunggu hingga siap
Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian). Bulat2kan doh dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
Perap 45 minit hingga roti naik.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...
source : mat gebu

Sunday, 1 February 2009

NASI HIMPIT KUAH KACANG


Breakfast kami di pagi minggu. Kuah kacang segera...buah tangan orang Perak yg balik bercuti last month, rasanya ok le dan senang je nak menyediakannya.....tak payah nak goreng, tumis dan sebagainya..cuma tambah air dan biarkan reneh.....siap

Little Chef

chips n mayo - kami order 2 sets
scampi n

while waiting for the food


toast - kami order 2 set








cod fish
Semalam, Sabtu kami ke Bourton on the Water...pas tu melencong kejap ke Bicester Factory Outlet...sebelum balik kami singgah alas perut kat Little Chef