Wednesday, 28 January 2009

CINNAMMON ROLL

Masa dok KL, kalau pegi KLCC mesti beli roti ni, kekadang tu pegi semata-mata nak beli roti ni..last week masa jalan-jalan kat Bayswater nampak kedai yg sama mcm kat KLCC, mak datuk reganya seketul £4++ (dah dpt ayam 2 ekor), kami beli jugakle itu pun seketul share 2 org - dapat le lepas kempunan...tapi wan buat ikut resepi che mat gebu ni sebiji rasa mcm yg beli..tq che mat

Bahan Doh
400 g tepung roti
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula kastor
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred B
11 g instant yeast
40 g shortening
250 ml air
Bahan Inti
3 camca besar mentega - dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis (wan ganti dengan choc chip)
UNTUK DOH
Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis/choc chip
Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti.

4 comments:

cik nor said...

balik KL nnt boleh bukak kedai ler...

azlina said...

alamak kak wan, terbantut nak cuba, dia nak shortening la, bread improver la, bread flour la, ada ke jual kat sini...?mana kak wan dpt brg2 tuu?

wan said...

lina...su bawakan sume brg tu ahhhh. awak tu tak yah buat beli je kat cinnabon bayswater tu takat 2 org makan

technology said...

bilk811
bidder701
brich811
blot611
bloom310